Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan Program Sahabat Komuniti Desa (SKOD) di 182 kawasan Parlimen yang berada di luar bandar bermula tahun ini.<br /><br />Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, program di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu dilaksanakan bagi menggerakkan aktiviti sukarelawan di luar bandar.
